Piagam Pelanggan

Kami berjanji menunaikan amanah kerajaan dalam menguruskan perakaunan dan kewangan negara berdasarkan undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.

Kami berjanji:-

  1. Memproses 98% arahan pembayaran yang lengkap diterima dengan segera dan tidak melebihi tempoh 4 hari kalendar untuk membantu penerima menguruskan kewangannya dan secara tidak langsung mambantu menjana ekonomi Negara.
  2. Memproses gaji penjawat awam dan menghantar maklumat ke bank 5 hari bekerja sebelum tarikh gaji. Ini akan membantu penjawat awam menguruskan tanggungannya dan agensi menguruskan aliran wang tunainya.
  3. Mengeluarkan Laporan Naziran Bayaran dalam tempoh 9 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan sertamerta oleh PTJ.
  4. Laporan Analisa kehadiran penjawat awam di Bahagian Akaun disediakan dan dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan selewat-lewatnya pada 10 hb bulan berikutnya bagi memantau ketepatan masa kedatangan warga Bahagian Akaun.
  5. Menyediakan Laporan Pembayaran Bil  dalam 14 hari bagi semua PTJ KKM untuk dimajukan  kepada KSN, KSU dan Ketua PTJ pada setiap bulan selewat-lewatnya 5 hb bulan berikutnya untuk membantu pihak pengurusan memantau dan mengambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan 100% pembayaran bil dalam tempoh 14 hari; AP 103(a).
  6. Menyemak baki di bank sebelum 11 pagi setiap hari bekerja bagi memastikan dana mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan harian. Keperluan dana telah ditentukan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengikut keperluan perbelanjaan harian Kementerian.
  7. Maklumbalas awal terhadap aduan/pertanyaan daripada PTJ berkaitan Sistem 1GFMAS melalui 1GFMAS Service Desk diberi dalam tempoh 4 hari bekerja bagi membantu PTJ menjalankan tugas dengan cekap.


Kemaskini: 03 Mei 2018