Dasar & Objektif EKSA

DASAR
Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.

OBJEKTIF

Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM.
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.